Thursday, September 18, 2008

Resepi Kangkung Goreng Belacan

Nak masauk lauk ni pastikan buka tingkap dengan pintu ye..bau belacan semerbak satu rumah.Hihi

Cara-cara memasak Kangkung Goreng Belacan

1. Tumbuk 1/2 biji bawang besar, 2 ulas bawang putih, 1 batang cili merah, 1 batang cili hijau dan sepotong kecil belacan.

2. Tumiskan bahan-bahan diatas.

3. Siang sayur. Pilih daun yang molek-molek je. Daun tak perlu potong kecil-kecil biarkan ia seperti semula jadi.

4. Batang daun kangkung dipotong sederhana.

5.Masukkan batang daun kangkung dahulu supaya ia cepat empuk selepas itu masukkan daunya pula.

6. Iya-iya jangan lupa garam dan ajinamoto semasa menumis tadi.











Resepi Udang Sambal

Hari ini saya masak Udang Sambal dan Sayur Kangkung Goreng Belacan sebagai juadah berbuka.




Kalau saya masak Nasi, biasanya saya guna 3 pot beras, cuci beras tiga kali dan guna 4 1/2 air untuk tanak Nasi. Pot menggunakan bekas yang sama.

Cara-cara memasak Udang Sambal

1. Cuci udang ( udang dalam 20 ekor udang ) gunting secara serong bahagian kepala udang tapi jangan buang penuh satu kepala udang takut nanti hilang rasa manis udang. Janggut udang kena buang ye. Nak buang kulit boleh, tak buang kulit pun boleh. Saya tak buang kulit udang.

2. 1/2 biji bawang besar, 3 ulas bawang putih dan sepotong kecil belacan ditumbuk ( saya menumbuk guna batu lesung sebab dirumah tiada blender, kalau ada blender pun boleh blender je )

3. 1 biji bawang besar dipotong membulat. Potong macam bentuk O. 1 biji cili merah dan satu biji cili hijau dipotong serong.

4. Panaskan minyak dalam 4 sudu besar minyak, kalau kurang nanti boleh tambah lagi. Tumis bahan yang yang ditumbuk tadi dengan bawang bulat O dan cili potong.

5. Pastikan sampai dah naik bau. Kalau rumah dah semerbak bau bawang tu kira dah naik baulah. Masukkan 4 sudu besar cili boh. Masak cili sampai pecah minyak. Lebih kurang warna cili boh tu dah bertukar kepada lebih merah pekat dan dah nampak minyak ditepi-tepi sambal.

6. Masukan air asam ( dibuat melalui larutan air asam jawa) sedang-sedang je kalau banyak sangat nanti rasa masam pula.

7. Masukkan 1 sudu besar sos cili. 1 sudu besar gula. garam dan ajinamoto.

8. Masukkan Udang dan kacau sampai udang masak.

Tips : Lagi lama masak sambal, makin sedap sambal yang dihasilkan.












Selamat Datang ke Resepi Anak Dara

Hi bloggers,

Selamat datang ke resepi anak dara. Laman blog ini akan cuba untuk menyediakan resepi yang

mudah dan cepat. Sejujurnya, saya bukan lah seorang yang pandai memasak dan pakar dalam

menyediakan juadah. Namun, apa kata kita berkongsi resepi dan tips-tips memasak agar dapur

rumah bujang sentiasa berasap. Ewah...

Oh ye, Selamat Berpuasa. Dibulan Ramadhan ini marilah kita saling tolong-menolong antara satu

sama lain.


Sharing is Caring

Jika anda ingin menghantar resepi ke laman blog ini untuk dikongsikan bersama teman lain.

Jangan segan untuk meng-emailkanya ke notsecretrecipe@yahoo.com